Awak, saya sayang awak
Tapi saya ni sembahyang pun tak cukup,
Boleh ke awak jadi imam saya nanti?
Awak, saya sayang awak
Tapi saya mengaji pun tak khatam lagi,
Boleh ke awak jadi ustaz saya nanti?
Awak, saya sayang awak
Tapi pakaian saya takla sempurna mana,
Mampu ke awak tahan nafsu awak tanpa menyentuh saya?
Awak, saya sayang awak
Tapi perangai saya takla setanding Siti Khadijah,
Mampukah awak bimbing saya?
Awak, saya sayang awak
Tapi saya ni dahla suke keluar bersosial,
Yakinkah diri awak pada saya wanita yang awak cari?
Awak, saya sayang awak
Tapi saya ni masak tak ada la pandai sgt,
Boleh awak sabar dgn masakan saya yang tak sedap?
Awak, saya sayang awak
Tapi saya ni takla cantik sgt,
Boleh ke awak setia dgn saya walaupun saya dah takde gigi?
Awak, saya sayang awak
Tapi saya ni takla beriman sgt,
mampu ke iman awk tundukkan iman saya yang liat ni?
Awak, saya sayang awak
Tapi saya ni bukan lah muslimah sejati
Boleh ke saya ni jadi ibu yang baik kepada anak anak awak nanti?
Andai jawapan awak MAMPU dan BOLEH,
Awak berilah saya masa utk membaiki diri saya.
Awak, andai jawapan awak TIDAK,
Awak berhak membuat keputusan sendiri.
Kenapa?
Awak, sebenarnya saya sayang awak
Saya taknak sebab kelemahan diri saya,
Awak diheret ke neraka jahanam.
Sebab saya sayang awak
Awak tinggalkanlah saya,
Sebab awak berhak dapat wanita yang lebih mulia dari saya.
Awak, cinta kita mungkin bahagia di dunia
Tapi pengakhiran cinta kita adalah akhirat.
Awak, jangan sayang saya lebih dari awak sayang DIA
Sebab saya taknak lihat awak terseksa di akhirat kelak
Sebab saya sayang awak....
1 komen:
yg ni aku suke...
Post a Comment