Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud
: "Sesiapa yang
memelihara
solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya,
petunjuk dan jalan selamat
dan barangsiapa yang tidak memelihara solat,
maka sesungguhnya solat itu
tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat
baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10
orang solatnya tidak
diterima
oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan
kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari
melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti
satu bungkusan kain tebal yang buruk."..
notakaki:takotnyer! kiter tergolong x dlm kalangan neh?
0 komen:
Post a Comment